kesihatan

KESEMPURNAAN SOLAT (TERAPI KESIHATAN DIRI) Sains Solat@ “Science Salat”

Alhamdulillah, semalam baru saja balik dari Seminar Kesempurnaan Solat Pemangkin Intergriti, Seri Negeri, Ayer KEROH yang di sampaikan Oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim.  Dimana beliau menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan SOLAT ke atas kesihatan manusia secara saintifik, beliau juga mempunyai kumpulan Kajian yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti OTOT, Siew Chok mengkaji ISYARAT OTAK, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Beliau Sendiri iaitu Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh.

Hasil Dapatan Dr Fatimah Ibrahim dan Perkongsian BELIAU – Komposisi Tubuh

  1. Seseorang individu itu Perlu Lakuan 5 aktiviti untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
  2. Solat Jemaah Lebih Baikkajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan
    Solat Kebaikan Dari Perspektif SAINS

    mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang” katanya.

  3. Solat Tarawih & PuasaDr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
  4. Pengubat Sakit Pinggang: Posisi Tubuh (posture) dalam Solat dapat mengubat sakit pinggangMalah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
  5. Pengubatan Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucukmasalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.
  6. Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

    Senaman Regangan & Pergerakan Solat
Kupasan yang dapat dikongsi pada pembaca website kami antaranya :
  • Postur Berdiri ketika SOLAT ^Rapat kaki dgn ruangan bukaan kaki sejengkal/4 jari
  • Postur Takbiratul Ihram –> Regangan dgn tolakan dada kedepan dgn mengangkat takbir di tekan ke belakang seperti ‘chest up’
  • Cara bersedakap tangan –> di letakkan antara dada dan pusat.
  • Kedudukan tangan ketika RUKUK 90* (Darjah) –> Sentuh Lutut->tekan kuat-> agar disc dan otot membuka utk kemasukan darah (Perlu rasa regangan) Boleh membantu kandungan songsang utk kelamaan ketempat asal. ” Perlu Rase Regangan pd Kaki,Pinggul dan badan”–> Selain itu, semasa rukuk 90 darjah dongakkan kepala sedikit lihat hujung tikar sejadah, ianya mampu mengempiskan otot perut disamping rase regangan di belakang dan kaki.
  • Postur Sujud –> Bengkok kan jari kaki kanan dan kiri, di samping kedudukan tangan mengembang dan peha hampir bertemu.
  • DUDUK ANTARA 2 SUJUD –> Boleh rawat buasir, tumit kiri picit punggung kiri, hujung kaki kanan bengkokkan.
  • Ketika Salam –> Tunduk,pandang kanan betul tegang, tunduk pandang kiri betul2 tegang. Ianya mampu merawat tulang leher –> mengecut,memanjangkan dan menguatkan otot leher.
“SOLAT 5 WAKTU itu ‘Maintenance’ tubuh badan, manakala lakukan tambahan solat SUNAT untuk dijadikan TERAPI (Kesihatan DIRI)”

2 thoughts on “KESEMPURNAAN SOLAT (TERAPI KESIHATAN DIRI) Sains Solat@ “Science Salat”

Leave a Reply