kesihatan, Slim Diet 2

PANDUAN MUDAH MENGURANGKAN BERAT BADAN/OBESITI

Ingin Langsing & Kurangkan Berat Badan? Terdapat 8 Cara Mudah untuk kita Kurangkan Berat Badan. Dapatkan cara-caranya di bawah ni ya…:) Jadikan SLIM DIET 2 Pemangkin dalam Agent Membantu Mempercepatkan PEMBAKARAN LEMAK secara Semula Jadi..

1. Belajar Membaca Label>>>Untuk mengurangkan berat badan adalah penting untuk kita belajar cara baca label makanan dengan betul. Adalah mustahil jika kita tak tahu cara baca label makanan, jika kita ingin mengira kalori makanan yang akan kita ambil nanti. Kita perlu tahu bagaimana untuk mencari kandungan kalori makanan dan juga saiz hidangan. Membuat perbandingan label di antara makanan dan minuman yang berlainan, adalah penting bagi kita buat pilihan yang sihat yang diperlukan untuk kita mengurangkan berat badan. Kaedah Ini Membantu dlm Menggunakan SD2,Sungguhpun begitu digalakkan mengambil PROTEIN yg lengkap dgn kerap semasa menggunakan SD2.

2. Snek Bijak>>>Kita boleh elak dari makan terlalu banyak dan berlebihan, serta kekalkan tahap gula dalam darah dengan makan setiap tiga jam. Membiarkan tubuh badan kita menjadi terlalu lapar akan menyukarkan usaha kita untuk mengamalkan pemakanan secara sihat. Amalkan snek yang sihat & mengenyangkan. Dengan makan lebih kerap mungkin nampak seperti kita makan berlebihan, tapi sebenarnya jika kita amalkan pengambilan snek bijak, ianya dapat membantu kita mengurangkan berat badan. Ikut panduan Pemakanan di Link website kami utk pengguna SD2.

4. Makan Secukupnya Dan Makan Selalu>>>Salah satu cara salah untuk kita kurangkan berat badan ialah dengan Tak Makan/Langkau Waktu Makan atau  ‘Skipping Meal’. Ramai fikirkan jika kita melangkau waktu makan adalah cara yang baik untuk kita kurangkan kalori, tapi akhirnya, mereka masih gagal untuk turunkan berat badan. Ini kerana kita akan lebih cenderung untuk makan terlampau banyak jika kita tak makan tetap pada waktunya. Badan kita pula boleh berada dalam “mod kelaparan” jika kita tak makan dengan secukupnya, menyebabkan tubuh kita akan kekalkan (atau menyimpan) makanan dalam badan dan bukannya mengurangkan berat badan!

5. Minum Banyak Air>>>Gantikan minuman berkalori tinggi seperti soda dengan air putih atau biasa, dapat mengurangkan beratus kalori. Kita tak perlu tunggu sehingga kita rasa dahaga untuk minum air; dahaga kadang-kala boleh dikelirukan dengan rasa lapar, menyebabkan kita makan terlalu banyak. Bila tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya, ia akan membantu dalam proses untuk kita kurangkan berat badan.

6. Lakukan Pergerakan>>>Adalah hampir mustahil untuk kita turunkan berat badan dan kekalkannya tanpa kita melakukan sebarang pergerakan atau senaman secara konsisten. Kita boleh mulakan dengan melakukan senaman berjalan cepat atau menunggang basikal. Mulakan dengan 10 minit dulu, kemudian tambahkan ke 30-45 minit sehari. Kita akan rasa dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu. Senaman juga boleh tingkatkan metabolisme badan kita, dan ini menjadikannya lebih mudah untuk kita turunkan berat badan. Lagi2 di Bantu dgn Pengambilan SD2.

7. Amalkan Kawalan Hidangan Makanan>>>Mengukur makanan kita mungkin kelihatan seperti sesuatu yang leceh, tapi ia akan membantu kita dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Mulakan dengan buat perbandingan di antara hidangan yang sesuai dengan hidangan yang selalu kita ambil. Kita akan dapati bahawa kita telah mengambil dua atau tiga kali hidangan lebih dari yang disyorkan. Jadi kita perlu programkan semula corak pemakanan kita dan amalkan hidangan saiz makanan yang sesuai untuk kita kurangkan berat badan.

Lakukan SENAMAN Agar Kita Terus Sihat dan Cergas

8. Tuliskannya Dalam Jurnal/Buku Nota>>>Simpan diari atau jurnal pemakanan kita. Apa yang kita perlu lakukan ialah catatkan apa, bila dan berapa banyak kita makan di dalam satu diari atau buku nota. Diari pemakanan kita akan berikan gambaran jelas tabiat makan kita supaya kita dapat kenal-pasti perubahan yang kita perlukan lakukan untuk mengurangkan berat badan kita.

References by : Anne Hashim




4 thoughts on “PANDUAN MUDAH MENGURANGKAN BERAT BADAN/OBESITI

  1. Boleh x saya tahu cara makan yang betul??? maksudnya nasi xboleh makan lauk sahaja… lauk tue mcm ayam masak lemak k?? or sup2 sayur.. dan boleh x saya tahu kenapa lagi banyak saya minom air lagi kerap saya k toilet???

    1. boleh rujuk cadangan pemakanan dan peraturan dalam website ni ye..apa sj makanan yg berasaskan protein boleh dimakan cuma kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan sayur2an dan air..kerap ke toilet utk buang air kecil adalah permulaan nak singkirkan toksin akibat dr penguraian lemak dlm badan

Leave a Reply