kesihatan

CANTIK SENTIASA

Amat penting untuk kita menjaga kecantikan untuk ALLAH dan gunakanlah kecantikan yang ada pada kita dengan betul. Inilah dia sedikit Tips Cantik yang SEBENAR untuk Anda!

“Sesungguhnya Allah tidak menilai kepada susuk dan rupa badan serta hartamu, tetapi Allah akan menilai hati dan amalanmu..”  – (HR. Muslim)

"Cintailah Allah Kerana Kamu Akan di Cintai Oleh Allah" ~Gambar Sekadar Hiasan

TIPS CANTIK SENTIASA

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir.

2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an

3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya

4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya

5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain

6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.

7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah

8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH.

9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.

10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari.

Itulah sedikit tips cantik buat para pembaca sekalian, kalau kita mampu mempraktikkan diri, insyaallah kita akan mendapat nilai A++ dalam kecantikan diri kita.

Marilah kita berlumba-lumba untuk mendapatkan kecantikan A++ dari Allah. InsyaAllah. 🙂

Sumber Inspirasi Blog Pakar Cinta

Leave a Reply