GAJI RM6,000 SUKAR BELI RUMAH ???

1. Harga rumah semakin mahal

2. Jika dibandingkan harga yang lama dan purata gaji di Malaysia.

3. Namun bagi orang Singapura, rumah RM 1.5m belum sampai sejuta dollar.

4. Maka, harga rumah jadi murah dari perspektif tersebut.

5. Kita tidak memerlukan rumah. Kita memerlukan kediaman. Kediaman ini dapat kita beli atau sewa.

6. Harga rumah yang semakin menaik membantu orang miskin. Lagi tinggi harga rumah, lagi banyak cukai yang kerajaan kutip. Lagi banyak cukai yang kerajaan dapat, lagi ramai orang mendapat manfaat.

7. Lagi tinggi harga rumah, penjual semakin kaya raya. Itu rezeki mereka sekarang. Dah untung kena bayar cukai dan zakat. Baru berkat.

8. Bila dah untung besar, jumlah bayaran zakat pun makin besar. Apa yang tak bagusnya kalau orang makin banyak berzakat sebab dah untung?

9. Apa yang tidak baik untuk kita (sebab belum mampu beli rumah lagi) mungkin baik untuk orang lain (orang miskin yang mendapat bantuan kerajaan). Mungkin Allah swt nak bagi kita rumah yang lebih baik dengan harga yang lebih murah.

10. Iaitu bila orang yang mampu hari ini akhirnya sedar tiada siapa mahu beli rumah yang mereka mahu jual, komitmen mereka dengan bank pun barangkali telah sampai ke peringkat maksimum, maka bila ‘tersedak’ mereka terpaksa jual rumah dengan harga yang lebih rendah.

11. Setiap perkara di dunia ada turun naik dia. 10 tahun dulu, tiada siapa jangka BN akan hilang banyak negeri. Entah-entah PRU 13 BN hilang kuasa di peringkat persekutuan juga.  Begitu juga dengan harga rumah. Sampai masanya jatuh lah dia.

12. Maruah kita tak terjejas sedikit pun kalau tak dapat beli rumah sekarang. Itu maksudnya kita ada peluang tambah simpanan dengan lebih banyak. Persepsi sahaja yang kata rumah kediaman itu adalah aset. Apalah guna beli rumah jika hutang dengan bank semakin bertambah. Hutang beli rumah satu. Hutang renovation rumah lagi.

13. Bersabarlah. Bak kata orang bijak pandai Jawa, “Don’t be a greater fool.”