SENAMAN ADALAH ASET KECERGASAN TUBUH

senaman nak kurus, sihat, tahan lapar

Power

Kuala Lumpur: Dua isteri yang sebelum ini hilang sinar kebahagiaan dalam rumah tangga masing-masing disebabkan berat badan berlebihan tidak menyangka kunci untuk menyelesaikan masalah itu sebenarnya ialah aktiviti senaman.

Mahu dikenali sebagai Deja, 34, dan Nor, 39, kedua-duanya kini hidup lebih bahagia selepas hubungan komunikasi dan intim bersama suami tercinta menjadi lebih positif berbanding sebelumnya.

Deja berkata, mungkin ramai wanita yang mengalami masalah berat badan hingga menjejaskan perhubungan dengan suami, lebih cenderung mengambil jamu atau ‘ubat kurus’ sebagai jalan penyelesaian. “Tapi, bagi saya itu semua kurang berkesan, sebaliknya bersenam secara konsisten dan mengikut teknik betul adalah kaedah paling baik kerana ia bukan saja mampu menguruskan badan, tapi juga memberi tenaga untuk ‘bersama’ dengan suami,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Deja berkata, selepas lebih dua tahun melakukan senaman dengan tunjuk ajar jurulatih bertauliah, rumah tangganya yang sebelum ini suram akibat hubungan dengan suami sudah dingin, kini bertukar ceria.

“Dulu saya gemuk dan berat badan saya mencecah 80 kilogram terutama selepas melahirkan anak (kini berusia enam tahun). Akibatnya, hubungan intim dengan suami turut terjejas kerana saya mudah penat.

“Keadaan itu yang berlarutan beberapa bulan akhirnya mempengaruhi hubungan komunikasi kami hingga keharmonian rumah tangga mula terjejas,” katanya.

Berikutan itu, kata Deja, dia mula rasa bersalah terhadap suami dan bertekad melakukan sesuatu bagi memastikan hubungan mereka kembali pulih dan rumah tangga tidak berantakan.

“Selepas mendapat nasihat, saya akhirnya ambil keputusan untuk ke gimnasium dan bersenam ikut cara yang betul. Matlamat asal saya hanyalah untuk kurus, tapi tak sangka pula senaman juga mampu membantu meningkatkan prestasi saya apabila bersama suami,” katanya.

Deja yang kini memiliki berat badan kurang 70 kilogram berkata, dalam tempoh sebulan selepas bersenam dia berjaya menurunkan berat badan lima kilogram, menyebabkan suaminya teruja dengan perubahan itu.

Menurutnya, perubahan ketara dirasai di bahagian bawah tubuh badan terutama perut yang membantu otot wanita lebih anjal dan perubahan itu membuatkan dirinya lebih bertenaga. Rakan baiknya, Nor pula berkata suaminya banyak memberi galakan untuk dia meneruskan aktiviti kecergasan itu dan tidak kisah biarpun dia berbelanja besar kerana rumah tangga mereka kini lebih bahagia.

“Kalau orang kata wanita berkahwin jaga penampilan fizikal saja, pada saya, itu silap kerana sebagai isteri kita punyai tanggungjawab untuk memenuhi keperluan batin suami,” katanya.

“Dan untuk melaksana tugas itu kita perlu ada stamina dan cergas. Kedua-dua keperluan itu hanya mampu kita miliki dengan mengamalkan kaedah senaman yang betul, bukannya dengan makan jamu atau buat kurus,” katanya. Nor yang bekerja sebagai setiausaha turut menasihatkan pasangan muda agar tidak kedekut untuk mengambil jurulatih kecergasan peribadi sekiranya benar-benar mahu membina kehidupan berkeluarga yang bahagia.

“Saya sendiri sudah membelanjakan lebih RM3,000 untuk jurulatih kecergasan peribadi. Apa salahnya kalau hasilnya benar-benar berbaloi.

“Tak perlu malulah sebab kita nak cantik dan sihat untuk suami juga,” katanya yang mempunyai dua anak berusia enam dan 13 tahun.

Sumber : Harian Metro (Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15) Oleh Maiamalina Mohamed Amin.

P/s: Bagi yang GEMUK-GEMUK dan KURUS langsing KEMBALI seperti anak Dara, Artis Jelita..ayuh layari www.sd2.azhira.com dapatkan Produk yang Original dari Kami.. Hadiah menanti anda buat pelanggan2 kami.