kesihatan

STRES Manfaat dan Pengurusannya…

STRES bukan untuk di hapus, tetapi untuk di URUS. Tanda kesempurnaan mausia adalah apabila dia tidak sempurna. Dan stres antara bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan STRES. Sedikit Stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai MASALAH.

MANFAAT STRES

  1. Stres akibat takut gagal, Menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  2. Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menybabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  3. Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  4. Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat, dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  5. Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  6. Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  7. Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

TIPS URUSKAN STRES.

  • Uruskan Masa Dengan Efektif>>Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
  • Bacalah AlQuran, kerana ia penawar hati>>Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai manfaat besar kepada manusia. Sekiranya dalam ketegangan fikiran, kita cuba membaca Al Quran, inshaAllah, jiwa akan kembali bergetar secara normal.
  • Rehat Seketika>>
    Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.
  • Kurangkan Gangguan>>Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
  • Makan Makanan yang menyihatkan>>Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
  • Lakukan Meditasi & Senaman>>Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran serta lafazkan zikir-zikir seperti Subhanallah, Allahuakbar dan sebagainya.
  • Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan>>Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai. Percayalah, Allah akan mendatangkan kesenangan/kemudahan dalam kesulitan (Surah Al Inshirah).
  • Dapatkan Nasihat>>Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor mahupun sahabat terdekat.
  • Belajar Katakan ‘TIDAK’>>
    Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

    Sumber Inspirasi : sd2.azhira.com
  • Dapatkan Tidur yang Cukup>>
    Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
  • Berdoa>>Doa ialah senjata orang islam. Berdoalah kepada Allah. InshaAllah, sesiapa sahaja yang berdoa kepada ALlah, pasti Allah akan perkenankan.
  • Menarik Nafas Dalam-dalam>>
    Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan
    tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
    Sekian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sesiapa ada tambahan, bolehlah tambah dibahagian komen:).

Leave a Reply