APAKAH ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST

Public MutualSejak berkecimpung dalam bidang ini, masih ramai juga rupanya di luar sana yang masih tidak faham apa itu unit amanah. Walaupun telah dijelaskan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi masih takut-takut untuk membuat pelaburan kerana sebenarnya kita tidak yakin dengan potensi pelaburan unit amanah itu sendiri. Kerana apa? Bukan kerana alasan tiada wang untuk

Call Perunding Unit Amanah Anda

Call Perunding Unit Amanah Anda

melabur sebaliknya TIDAK FAHAM dengan sebenar-benarnya erti UNIT AMANAH itu sendiri serta ketidakfahaman itu telah membawa perasaan TIDAK YAKIN terhadap peluang yang telah ditawarkan kepada kita oleh perunding-perunding unit amanah yang ada di luar sana. Bagi para pelabur dan bakal-bakal pelabur yang masih ragu-ragu tentang skim ini jom check apa tu UNIT AMANAH. Mungkin salah satu sebab tak faham sebab bahasa dan definisi yang digunakan dalam internet seperti wikipedia terlalu sukar untuk difahami? Apa-apa pun jom check!

Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil “amanah saham” tetapi lebih popular dengan gelaran “unit amanah” pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil “unit trust” ataupun “mutual fund” untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah. Okeylah, seterusnya kepada definisi pula. Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan. Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).

Dengan Unit Amanah lah membolehkan Skim unit trust ini diberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli “stock” dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis, Petronas GAS, Axiata, Sime Darby dan sebagainya, berapa “puluh ribu ringgit” kita kena ada untuk membeli satu lot stock??? itu belum kira “kos broker saham” dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam “stock” ni. “Bukan setakat satu syarikat^ malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja. ITU KELEBIHAN UNIT AMANAH.

Pelabur Memilih Unit Amanah Swasta dengan Pulangan yang berganda

Pelabur Memilih Unit Amanah Swasta dengan Pulangan yang berganda


Jadi mengapa perlu menunggu untuk mendapatkan pendapatan lebih hanya melalui skim unit amanah?
Bak kata orang tua-tua menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…samalah seperti skim unit amanah ini, semakin cepat kita memulakan penabungan, semakin kukuhlah kewangan kita pada masa akan datang nanti.

Tips kewangan: Menabung SEKARANG adalah lebih baik daripada menabung NANTI. SEKARANG hanya memerlukan amaun yang sedikit secara berkala tetapi NANTI memerlukan amaun yang banyak untuk MENYAMAKAN jumlahnya dengan masa SEKARANG di masa akan datang. Jadi jalan yang mana anda mahu? SEKARANG atau NANTI?

Nota: Kebanyakan maklumat adalah diambil daripada nota “Urus Niaga Unit Amanah” yang dikeluarkan oleh FMUTM dan beberapa website berkaitan unit amanah.

KENAPA UNIT AMANAH DIKATAKAN PELABURAN SECARA KOLEKTIF?

“Skim pelaburan kolektif” adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu jenis skim pelaburan kolektif.

Kalau masih tak faham, saya guna bahasa kasar sahaja. Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh). BL01UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan risau ke mana wang kita tu “berjalan”. Dijamin selamat.

Dalam skim unit trust, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’2014-KLIFF-111214 (unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Unit amanah juga boleh dianggap sebagai tempat simpanan wang kita untuk jangka masa sederhana atau panjang dengan memperolehi keuntungan tertentu. Terpulang kepada matlamat si pelabur. Jika mahukan sejumlah wang tertentu di akhir tempoh yang dijangkakan, sudah pastilah memerlukan sejumlah wang tertentu untuk dilaburkan bagi mencapai jumlah wang yang dimahukan.

Dan ia merupakan satu pilihan yang bagus untuk memulakan perancangan kewangan anda untuk masa akan datang. Jika Asia-Asset-Mgmtmahu memupuk sikap menabung mestilah memerlukan matlamat tersendiri. Mustahil jika mahu menyimpan untuk suka-suka tanpa sebab tertentu. Masyarakat zaman kini sudah hilang nilai menabungnya. Wang lebihan yang ada sudah pasti akan “dilaburkan” kepada barang-barang berjenama atau gadjet-gadjet terbaru yang ada di pasaran. Tidak salah untuk membeli tetapi perlulah mengikut keperluan dan keadaan ekonomi diri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Public Mutual is Malaysia’s premier and *largest private unit trust company with 245 awards received to date. We recently clinched five awards at the Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2015, track recordas well as awarded Best Islamic Malaysia Equity Fund for Public Islamic Opportunities Fund at the 2015 Morningstar Awards. In addition, we were conferred two awards at the 2014 Asia Asset Management Awards for Best Retail House and Islamic Retail Fund House of the Year, Malaysia. We also won the BrandLaureate Platinum BestBrands Award 2014-2015 in Financial Services – Unit Trust Funds category and the Best Investor Relations award at the inaugural Islamic Finance News (IFN) Islamic Investor Awards 2014.

*In terms of total fund size managed amongst private unit trust companies. Source: The Edge-Lipper, 25 May 2015

 

home001-2015

Pelaburan Unit Trust atau Unit Amanah ini disahmilikkan oleh Surat Ikatan dimana terdapat tiga pihak terlibat di dalam surat ikatan ini.

  1. The Trustee (Pemegang Amanah) – Merupakan pemilik sah semua asset dalam pelaburan unit amanah dan merupakan wakil kepada pemegang unit.
  2. The Management Company (Pengendali Unit Amanah) – Syarikat ini yang menawarkan program Unit Trust dan akan menawarkan penguruskan segala portfolio pelaburan melalui fund manager yang berpengalaman.
  3. Unit Holder (Pemegang Unit) – Pelabur yang memberi modal dan mengharapkan pulangan daripada pelaburan.

      Kebaikan melabur dalam Unit Amanah?

  • Kos pengurusan pelaburan di tahap yang rendah (5.5% untuk Cash Investment dan 3% untuk EPF acc 1 Investment).
  • Pengurangan risiko melalui diversifikasi, bnyk syarikat terlibat.
  • Kecairan Tinggi (Mudah untuk urusan jualbeli)
  • Transaksi Mudah (Melalui online, kaunter, consultant yang dilantik)
  • Pendapatan tetap dan Capital Appreciation

 

Leave a Reply

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.